Sign In
portfolio web templates
Manage PermissionsManage Permissions

Membudayakan pemanduan selamat

24/09/2019
http://www.mkkjr.gov.bn/Images1/news/2019/september/mkkjr_said19.jpg

​Bagi mengurangkan kemalangan jalan raya dan membudayakan pemanduan selamat, kakitangan Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Mengenai Mata Demerit Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP), hari ini.


Taklimat yang dihadiri lebih 27 kakitangan MGCSB itu disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Kanan di JPD, Pengiran Khairul Yusra bin Pengiran Haji Mohd yang turut disertai oleh Pegawai Penguatkuasa, Pengiran Mohd Said bin Matzin dan Inspektor Kereta, Dayang Halimah binti Haji Mos masing-masing dari Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR).


Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Pengurus Korporat Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Persekitaran (HSSE) MGCSB, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif.


Taklimat yang diadakan di Ibu Pejabat MGCSB di Jalan Pangsa, Seria dan disampaikan oleh para pegawai dari Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) berkenaan antara lain menyentuh mengenai kepentingan semua pihak agar lebih berdisiplin dan perlunya mematuhi peraturan sedia ada demi mewujudkan persekitaran memandu yang lebih selamat untuk semua pengguna jalan raya.


Semasa taklimat itu juga, Pengiran Khairul Yusra memberikan penerangan mengenai sistem demerit dengan menonjolkan pelbagai kesalahan yang boleh membawa kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.


Di samping itu, para peserta yang terlibat juga diberikan peluang bertanyakan soalan berkaitan sistem demerit bagi mendapatkan jawapan langsung daripada pegawai JPD.


Selain itu, majlis juga menyaksikan penyampaian cenderahati oleh wakil MGCSB kepada para pegawai yang terlibat dalam menjayakan taklimat berkenaan.


Sumber berita Media Permata

Attachments