Sign In
portfolio web templates
Manage PermissionsManage Permissions

Majlis keagamaan mohon keselamatan pengguna jalan raya

22/08/2019
http://www.mkkjr.gov.bn/Images1/news/ratib_news.jpg

​Majlis keagamaan kali ini yang mengambil tempat di Masjid Pintu Malim merupakan acara bulanan MKKJR sebagai salah satu usaha berterusan ke arah meningkatkan keselamatan jalan raya demi kesejahteraan semua.


Hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful (BITA) selaku Ambasador MKKJR, Awang Haji Osman bin Haji Md Jair dan Pemangku Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon selaku Ketua Urusetia MKKJR.


Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta agensi-agensi yang berkenaan di bawahnya dan guru-guru serta penuntut-penuntut dari Sekolah Ugama Pintu Malim.


Di kesempatan ini, MKKJR menyeru orang ramai, khususnya para pengguna jalan raya untuk sentiasa meningkatkan kewaspadaan di jalan raya dan memulakan setiap perjalanan dengan doa, memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika berada di jalan raya, mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah serta mentaati peraturan dan undang-undang jalan raya.


Para pemandu jalan raya juga diseru untuk sentiasa mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalu lintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.



Sumber berita pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments