Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah mengadakan Bengkel Mid Term Review bagi Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Brunei Darussalam 2025 di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).
Bengkel diadakan bertujuan untuk mengongsikan pencapaian Pelan Strategik setakat ini sejak ianya dilancarkan pada 28 Disember 2020 dan merebiu kesesuaian serta keutamaan projek-projek yang masih dalam perancangan bagi merealisasikan visi “Sifar Fataliti Kemalangan Jalan Raya” atau “Zero Road Accident Fatalities”.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterunya memberikan Ucapan "Setting the Scene" bagi Bengkel tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Pengerusi MKKJR. Bengkel telah dihadiri oleh Ahli-Ahli MKKJR serta pihak-pihak berkepentingan yang berkenaan dan difasilitasi oleh Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn Bhd.