Sign In
portfolio web templates

Majlis Membaca Ratib Al-Attas, Solat Sunat Hajat dan Menunaikan Solat Fardu Asar berjemaah

23/05/2024

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah mengadakan Majlis Membaca Ratib Al-Attas, Solat Sunat Hajat dan Menunaikan Solat Fardu Asar berjemaah petang ini bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Majlis membaca Ratib Al-Attas adalah merupakan aktibiti berterusan pihak MKKJR bagi memohon doa kepada Allah Subhanahu Wata’ala supaya semua pengguna jalan raya terpelihara dari sebarang kemalangan dan juga agar Negara Brunei Darussalam akan sentiasa diberikan perlindungan dan keselamatan yang berterusan.

Hadir di majlis tersebut ialah Ahli-ahli MKKJR, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Setiausaha MKKJR serta Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi (MTIC), Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas, Solat Sunat Hajat dan diteruskan dengan Menunaikan Solat Fardu Asar berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Asyhraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Di kesempatan ini, sekali lagi pihak MKKJR ingin menyeru kepada pengguna-pengguna kenderaan di jalan raya supaya akan sentiasa memastikan kenderaan di dalam keadaan baik, berhati-hati dan berbudi bahasa ketika berada di jalan raya dengan memandu tidak melebihi had yang telah ditetapkan, memastikan tiada gangguan semasa memandu termasuk penggunaan telefon bimbit dan sentiasa mencuba untuk mengekalkan jarak yang selamat antara kereta lain terutama sekali dalam keadaan cuaca hujan.

Attachments